dialah.... Seorang WANITA solehah


Wanita solehah,tidak membelakangi pasangannya andai hendak melakukan sesuatu perkara.Wanita solehah memerlukan keizinan pasangannya untuk melakukan sesuatu perkara.Wanita solehah sanggup berkorban apa sahaja demi pasangannya yang halal.

Beribu wanita telah ku temui didunia ini
Tak kira bangsa mahupun agama
Bermacam ragam jua karena
Namun
Baru kini kutemui wanita yang menjadi idaman hatiku
Ianya adalah seorang wanita solehah
Itulah wanita pilihan hati
Seorang insan yang bisa menjadi pencetus cinta sejati
Dialah…
Seorang wanita yang mempunyai perasaan malu
Dan tunduk kasih pada yang satu
Dialah…
Seorang wanita yang menutupi segala perhiasan
Yang ada padah tubuhnya dari dilihat insan yang lain
Selain seorang yang bergelar suami mahupun wali
Dialah…
Seorang yang bisa mendorongku kejalan yang lurus
Dialah…
Seorang yang menjadi penenang dikala hatiku duka dalam tawar
Dialah insan terbaik buat diriku
Sepertimana dikatakan dengan sahihnya
Tiada perhiasan yang terindah didunia ini selain daripada wanita solehah
Itulah wanita pujaan hatiku
Dulu hati ini sukar untuk mencintai seorang wanita
Namun
Dengan hadirnya seorang yang bergelar solehah
Diri ini dapat mencapai ketahap cinta sejati
Iaitu
Cinta pada yang Esa
Cinta pada Rasul-Nya
Dan
Cinta pada setiap makhluk-Nya
Serta cinta pada ciptaan-Nya
Itulah cinta yang menjadi idaman kalbu
Yang terlekat di sanubari

No comments:

Post a Comment