duhai ADAM


DUHAI ADAM !!!!!



Adam! Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.



Adam! Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya pada akhir zaman. Itulah ketelitian Allah swt dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia dengan darah dan kacau-bilaulah suasana. Adam sama adam bermusuh kerana hawa. Buktinya, peristiwa habil dan qabil hingga zaman cucu cicitnya. Jika begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam! Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Atau kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi aku risau dan gundah menyaksikan tingkah lakumu. Sejak dulu lagi aku sudah tahu bahawa aku mesti tunduk pabila menjadi isterimu. Namun, terasa berat pula untukku menyatakan isi hati.

Adam! Aku tahu, Al-Quran ada menyatakan kaum lelaki memimpin kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dalam redha Allah. Tapi, aku dan kaumku kini telah ramai menderhakaimu. Menyimpang dari jalan yang telah disyariatkan. Allah perintah aku tinggal di rumah. Bukan berjalan-jalan di pasar atau bandar sewenangnya. Jika keluar pun, seluruh tubuhku mesti ditutup ikut syariat. Tapi, ramai Hawa yang melanggar batas-batas itu.




Adam! Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu. Jadi guru. Menjaga dan mendidik anak-anakmu. Waktu yang sama aku mengurus dan mentadbir negara. Ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada di antara kaummu yang menganggur. Kau tidak seperti dulu lagi, Adam! Sudah hilangkah kasih sucimu padaku?

Adam! Marahkah kau jika kukatakan, “Andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!”Mengapa begitu Adam? Orang kata, “Jika anak jahat emak bapa tak pandai didik. Jika murid bodoh, guru tak pandai mengajar!” Adam kau selalu kata, “Hawa memang degil. Tak mahu dengar nasihat. Kepala batu.” Pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, “Apakah didikanmu padaku seperti didikan Nabi SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah layananmu sama seperti psikologi baginda terhadap mereka? Adakah akhlak kaummu boleh menjadi ikutan kaumku?

Adam! Sebenarnya, kau imam dan aku makmum. Aku pengikutmu dan kau ketuaku. Jika kau benar, maka baiklah aku. Jika kau lalai, aku juga lalai. Kau punya kelebihan akal, aku pula kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku! Akalku satu nafsuku beribu. Oleh itu Adam! Pimpinlah aku dari kelalaian. Aku sering tergelincir kerana dorongan nafsuku dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah aku menghayati kalimah suci Allah. Dengarkan padaku kalimah Tuhanmu agar terang hidupku. Hembuskan roh jihad ke dalam hatiku agar aku menjadi mujahidah, kekasih Allah.

Adam! Andainya aku masih lalai kerana sikapmu sendiri, Segan menuruti langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka, tungu dan lihat, saat kehancuran dunia ini apabila kaumku yang memerintah. Kau akan malu Adam! Malu pada dirimu sendiri! Lebih teruk lagi, engkau malu dan bersalah pada Tuhanmu yang kau agungkan itu.     



Sungguh kami kaum Hawa rindukan bimbingan kalian ke jalan Allah
jangan lah mengambil kesempatan kepada kaum Hawa
walaupon kami melampaui batas tetapi nasihatilah kami dengan berhikmah
Doakan kami menjadi wanita solehah demi keredhaan Allah yang SATU ! 

Wallahualam ~

No comments:

Post a Comment