APA ERTI CINTA

assalamualaikum....

bersyukur kehadrat illahi kerana mengizinkan saya hadir ke sekolah hari ini dan dapat membeli sebuah buku yang saya impikan iaitu APA ERTI CINTA, karya Syihabudin Ahmad merangkap mas'ul(pengerusi) HM.



terima kasih saya ucapkan kepada akhi zamri kerana sudi promote kan pada saya beberapa minggu yang lalu.

walaupun saya beli ini dengan memgunakan wang yang cukup2 (x de duit nak beli mkanan). alhamdulillah. akhirnya, tidak sia2 saya membelinya.

saya sekarang ini, baru sahaja baca bab 1: Pengenalan Cinta (baru bace sikit je)

cinta?

"kamu semua tidak akan memasuki syurga sehingga kamu semua beriman dan kamu tidak beriman sehingga kamu semua saling bercinta" [siriwayatkan oleh Muslim]

"cinta adalah perasaan jiwa, sentuhan hati dan pancaran emosi" [Abdullah Nasih Ulwan]

"cinta adalah roh yang wujud, perawat hati dan injap keselamatan untuk umat manusia" [Tusuf Al-Qaradhawi]

pujangga berkata, cinta letaknya di hati. meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. ia mampu mempengaruhi pemikiran, sekali gus mengendalikan tindakan. sungguh. cinta dapat mengubah rasa pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi jernih, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi syurga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

   cintalah yang mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan kepadanya, serta membuat hamba menjadi pemimpin. cinta menjadikan Mukmin melihat segala rintangan menjadi rahmat.

   Rasulullah SAW pernah menyifatkan orang beriman dengan berkata,

yang bermaksud,
"amat ajaib urusan orang Mukmin! sesungguhnya segala urusannya baik belaka. dan perkara itu tidak berlaku kepada seseorang pun melainkan hanya kepada orang Mukmin. apabila dia diuji dengan kegembiraan, dia bersyukur. itu menjadi perkara terbaik untuknya. apabila dia diuji dengan kesusahan, die bersabar. itu menjadi perkara terbaik untuknya" [diriwayatkan oleh Muslim]

   apabila undang-undang dunia runtuh, undang-undang cinta bangun menyatukan dan menggerakkan tenaga. kadangkala, pertumpahan darah berlaku hanya kerana cinta. cinta adalah kehidupan. tiada manusia yang dapat dilahirkan tapan belas kasihan cinta. cinta illahi memberikan kesan penciptaan, manakala cinta ibu melahirakan seorang insan.

terdapat banyak lagi isi2 yang menarik. sesiapa ingin beli bolehlah cari bulu ni di kedai buku MPH.

sekian. =)

No comments:

Post a Comment