buat renungan SAHABAT SAHABAT ku


Kau tidak bodoh andai kau gagal
selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan
pahala,
bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau reda, sabar dan terus
berusaha.

TAPI, kau sememangnya bodoh,
jika kau langsung tidak berusaha,
kerana pasti kau akan gagal dan
menderita,
tiada nilaian pahala dari-Nya,
malah kau pula menanggung dosa,
lantaran kau sia-siakan amanah
berharga.

Sahabat2ku..
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
sekali kau terjatuh,
jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
kau punya kekuatan untuk bangkit
semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.
Berjuanglah shabat2ku..
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
jika tidak didunia,
nun di syurga sana..


(c&p)

2 comments:

  1. Assalamulaikum.
    benar. manusia itu diciptakan sama sahaja. Kecerdikannya x terletak pd keturunn mahupun ketinggian IQnya.
    tetapi,
    usahanya n kerajinnnya utk mndpatkn kejayaan.
    :)

    -Salam ukhwah fillah-

    ReplyDelete