awak yang sayang saya

awak yang sayang saya
ya.awak.
awak yang setia mencintai saya.awak yang tidak pernah terpadam api rindu pada saya.
sebenarnya,saya juga turut merasakan hal yang sama.saya juga sedang menahan gelora rindu saya pada awak.saya sangat merindui awak,tetapi sukar untuk saya melafazkannya kerana takut terkena bahana asmara.sesungguhnya saya lebih takutkan Allah.

awak,
sudah lama hati ini menyedari kehadiran cintamu
tapi maafkan saya kerana walaupun saya turut merasan debaran cinta itu tetapi ianya hanya tersemat di hati.
biarlah saya membalas kasih awak dalam diam sahaja.
Oh,hati..beginikah rasanya rindu yang tidak terucap? Siang malam gelisah..peritnya.
Perasaan ingin bersama dipendam selagi tiada akad terungkap.

awak,
Dalam dian rasa rindu ini semakin bercambah.Sesungguhnya saya merindui awak,tiada apa dapat saya lakukan untuk meluahkan rindu ini,hanya al-fatihah buatmu.Dalam diam hati say dipenuhi bunga,bunga kerinduan.Dalam diam sebenarnya saya menyimpan harapan.Saya berharap kasih sayang awak pada saya tidak terhenti di sekerat jalan kerana saya hanya menunggu saat yang sesuai untuk berkongsi nikmat cinta ini bersama awak melalui jalan halal.

awak,
maafkanlah saya kerana saya insan yang lemah.Hanya mampu membalas setiap detik cinta awak dalam diam sahaja.Sebenarnya saya tidak mahu awak kecewa lantaran kita hidup ini ada pengakhirannya.Saya tidak mahu kita menjadi hamba nafsu yang terbuai dalam khayalan yang hina.Saya takut kita kecundang sebelum ikatan yang suci dimenterai kerana mati itu pasti,hidup...InsyAllah...walaupun kita tidak pernah tahu saat bila ajal akan menjemput kita tetapi bukankah kita harus sentiasa bersedia?

awak,
jika tiba-tiba saya meninggalkan dunia yang fana ini buat selamanya..saya tidak mahu mati dalam keadaan bergelumang dosa nafsu bersama awak.Biarlah kita pergi dengan tenang,insyAllah....
jika cinya kita tidak sempat bersatu,tabahlah,sesungguhnya Allaa itu sebaik-baik perancang.Hanya doa yang ku pinta darimu.

awak,
al-fatihah buatmu.semoga ketenangan hati menjadi milik kita
Di kala awak membaca luahan hati ini,entah siapa tahu dimana saya berada..
di atas tanah atau di dalam tanah...

Bingkisan hati ini ku coret sepenuh jiwa buat tatapanmu
semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati Allah
semoga setiap tapak kita melangkah dipayungi redha Allah.

awak,
terima kasih....
kasih sayangmu amat mengharukan
sentiasa terasa bahangnya membara
walau kita tak bersatu di dunia
jangan lupa akan akhirat sana...

( Ya Allah sekali lagi tabah kan lah ku ini Ya Allah sesungguh nya hanya pada Mu ku berserah Ya Allah,
andai sudah tiba masa ku meninggal kan dunia ini ...
ambil lah nyawa ku matikan lah aku dalam keadaan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Mu Ya Allah ......)

Amin,Amin,Amin...Ya Rabbal Alamin......
`·.¸.·♥¸.•❤•..*•.¸❤¸.•❤•..*•.¸❤.¸♥¸.•❤•..*•.¸❤

✿~✿~✿ (Aamiin Aamiin Ya Rabbal A’lamiin)... ✿~✿~✿

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤
ikhlas dari,
insan yang dalam diam.. juga sayangkan awak.. Al-fatihah..

No comments:

Post a Comment